Sunday 2 October 2011

Assalamualaikum wbt,,,salam bersua lagi di malam yang dingin dan mendamaikan lagi ini,,,Di sini aku ingin berkongsi tentang formula yang baik untuk semua umat Islam yang tak kira dimana sahaja kita berada...

FORMULA-FORMULA KEJAYAAN...

Suasana rumah yang sunyi dari gurau senda di dalamnya merupakan sebuah rumah yang mudah menangis,,,Fahamkah anda tentang kata-kata ini? Renungkanlah bersama wahai saudara dan saudariku,,,
  • formula untuk mendapat kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasulnya..
  • formula untuk mendapat rezeki adalah berusaha disertai dengan istigfar dan ketaqwaan.
  • formula untuk mendapat syurga adalah tauhid.
  • formula untuk mendapat iman adalah merenungkan ayat-ayat ALLAH dan makhluk-makhlukNya.
  • formula untuk mendapat kebaikan adalah kejujuran.
  • formula untuk mendapat hati yang hidup adalah merenungkan al-Quran, berdoa pada waktu malam,dan meninggalkan perbuatan dosa.
  • formula untuk mendapat ilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak baik.
  • formula untuk mendapat pertolongan keberhasilan adalah sabar.
  • formula untuk mendapat kebahagiaan adalah taqwa.
  • formula untuk mendapat bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
  • formula untuk mendapat perasaan rindu kepada akhirat adalah menjaga jarak (zuhud) dengan dunia.
  • formula untuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah berdoa.
PEDOMAN HIDUP..
senyuman itu sebenarnya merupakan pantulan yang tidak langsung dari sinaran matahati..........................


No comments:

Post a Comment