Monday 26 March 2012

SEMBUNYI SEKEJAP....hehe:)

ALAHAI,,,,banyaknya keje kan...

terpaksa la bercinta dengan buku2 dan asaimen ni....kejap lagi ade pembentangan, kuiz dan exam....takutnya...tapi takpe...Kuatkan semangat SITI KHADIJAH AB RAHMAN....jangan mudah gentar dan panik...orang boleh buat,, tentu boleh buat jugak kan...hehe..INSYAALLAH....terpaksa DEACTIVE akaun FB dan segala bentuk ancaman sosial yang melalaikan...
bercakap soal FB.. hati tu, terbaca tentang kisah seorang pelajar yang dapat straight A....kata pelajar tu,., dia DEACTIVE FB dan teruskan usaha untuk menjadi pelajar cemerlang....betul gak kan,, berkat dia DEACTIVE FB,, ALLAH beri nikmat kejayaan kepada beliau..tahniah2....bukan apa,, bila difikir-fikirkan,, FB banyak buruk tapi tak semestinya tak ade kebaikan...huhu...
Oleh itu,, kita gunakan lah FB ni sebagai medium yang boleh bawak manfaat......(dalam hati berdebar nak tunggu turn untuk mikro)...huhu...

tapi apepun,,sesuatu perkara yang kita nak lalukan hendaklah disertakan dengan niat yang baik....hehe...pernah bace dalam suatu buku,, untuk menjaga kesucian hati,, jauhkan dengan perkara2 maksiat dan dari orang ramai...bersendirian dan memikirkan hubungan kita dan AL-KHALIQ....INSYAALLAH....perbaikilah hati sebaba hati merupakan raja dalam tubuh badan kita....

cukup sampai di sini saja...AS SALAM...:)

Saturday 24 March 2012

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan




1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah


Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri


Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk


Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan


Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri


Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak


Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah


Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.


CARILAH SAYA BILA AWAK SUDAH BERSEDIA,,:D


LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!


PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?


LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?


PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?


LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.


PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.


LELAKI : Eh, kenapa?????


PEREMPUAN : Kerana tiga sebab


Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.


Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.


Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..


LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.


PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.


LELAKI : Wslm

Friday 23 March 2012

jom amal

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu. Sebar2kan kepada kekawan,tanpa perlu minta izin lagi untuk berkongsi.


Thursday 22 March 2012

SOLAT DHUHA...

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams ataupun ayat kursi)

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” amin...

Monday 19 March 2012

MUHASABAH DIRIKU........

Enam pesanan khusus untuk wanita..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

Sunday 18 March 2012



PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

-Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

-Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

-Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

-Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

-Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

-Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

-Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

-Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

-Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

-Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

-Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

-Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

-Amalkan solat tahajud.

-Sentiasa tenang dan bersikap positif.

-Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

-Maafkan semua orang sebelum tidur.

Tuesday 13 March 2012

sangat indah dan manis melihat gambar ini...
alangkah sukanya...hehe....saya bayangkan, zauj saya bakal memimpin hidup saya....
saya harap suatu hari nanti dia akan muncul.....
dia akan ajar saya sekiranya saya tidak tahu,,
dia akan tegur saya seandainya saya terleka,,
dia akan ingatkan saya sekiranya saya lalai,
dia akan menjadi teman saya yang paling akrab apabila saya mempunyai masalah.,
dengan ilmu dan pegangan hidup yang dia ada,,,
dia akan ajar dan memimpin saya untuk telusuri hidup yang penuh pancaroba ni...
pimpinlah aku hingga ke syurga,,,insyaALLAH aku akan menjadi pendamping dan pengikutmu yang paling setia..........

Sunday 11 March 2012

PUDING BLING BLING....

hahahaha........
malam ni masak puding jagung,,,,mengidam tau..uhuk...uhuk...
alhamdulillah menjadi jugak...malam ni nak menyajikan sajian yang sedap ini...

Bahan2
-1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

inilaa hasilnya...tadaaaaaaaaaaaa


Saturday 10 March 2012

SEMPOI TAPI TERISI....hehehe..:)



Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

Friday 9 March 2012

MAHA PENYAYANG......

ENGKAU ALLAH YANG PENGASIH
ENGKAU ALLAH YANG PENYAYANG
ENGKAU ALLAH DITANGANMU
SEGALA KUASA KEJADIAN
AMPUNILAH AMPUNILAH SEGALA DOSA KESALAHAN
TERANGILAH TERANGILAH BIMBING KE JALAN YANG BENAR

ENGKAU ALLAH YANG PEMURAH
ENGAKU ALLAH YANG DERMAWAN
ENGKAU  ALLAH DITANGANMU SEGALA RAHMAT PERTOLONGAN
PADAMULAH DIGANTUNGKAN SEGALA HARAP KESELAMATAN
LINDUNGILAH KAMI SEMUA WAHAI SANG PENGUASA ALAM

 ENGKAU ALLAH ENGKAU ALLAH YANG PENGASIH DAN PENYAYANG
AMPUNILAH AMPUNILAH SEMUA DOSA
ENGKAU ALLAH ENGKAU ALLAH YANG PEMURAH DAN DERMAWAN
LINDUNGILAH LINDUNGILAH KAMI SEMUA

===> lagu ini memang menyentuh perasaan saya.. saya akui,,,hampir mengalir air mata saya....:(

ASTAGFIRULLAHHALAZIM.......
 Ya.. Allah,,,Ampunilah dosaku.....

TENTANG RASA

AKU TERSESAT
MENUJU HATIMU
BERI AKU JALAN YANG INDAH
INZINKANKU LEPASKAN PENATKU
UNTUK SEJENAK LELAH DI BAHUMU


DAPATKAH SELAMNYA KITA BERSAMA
MENYATUKAN PERASAAN KAU DAN AKU
SEMOGA CINTA KITA KEKAL ABADI
SESAMPAINYA AKHIR NANTI
SELAMANYA


TENTANG CINTA YANG DATANG PERLAHAN
MEMBUATKU TAKUT KEHILANGAN
KUTITIPKAN CAHAYA TERANG
TAK PADAM DI DERA GODA DAN MASA





DAPATKAH SELAMNYA KITA BERSAMA
MENYATUKAN PERASAAN KAU DAN AKU
SEMOGA CINTA KITA KEKAL ABADI
SESAMPAINYA AKHIR NANTI
SELAMANYA

==> saya sangat suka lagu ini..ada kisah tersembunyi di balik lagu ni...apepun..best lagu ni..hehe


Monday 5 March 2012


Jom ke DaPuR=>J hehehe....wink—wink—wink??*
Rasa boring??
Tak ade keje nak buat?? Haaaaaa.....jom kite ke segmen ke Jom Ke DaPuR bersama saya yang tak berapa nak pandai masak ni...ha ha ha J(perasan la pulak)..tapi tak pe,,,kita kongsi resepi yang kite tau,,,simple dan mudah,,,wink..wink*
RESIPI LAKSA PENANG.....
Bahan-Bahan:-à
Laksa 1 kg( kalo nak lebih pom boleh,, xder masalah pom)J
Kuah laksa:-
Ikan 1 kg ( tak kisah ikan pape pon cth ikan selar,ikan kembong etc)J
Bunga kantan
Belacan
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Daun kesum
Garam
Gula
Ajinamoto or MSG
Asam keping
Timun
Cili api
Salad
Bawang India
Nenas
Cara membuat:à
*mula-mula, rebus ikan bersama asam keping, letak garam sikit sebab nak bagi rasa...kalo tak nak letak pom tak pe sebab ikut keselesaan,..
*lepas tu,,lepas ikan dah masak,toskan dan asingkan isi ikan dengan tulang,,isi ikan tu boleh blander atau kisar sampai hancur...tulang ikan jangang dibuang yer,,tapi patahkan jadi kecik2 dan kisar...kemudian, tapis dan tuangkan ke dalam periuk bersama dengan isi ikan tadi....
*lepas tu,,kisar bawang putih, bawang merah, cili kering, cili api( untuk rasa pedas) dan belacan...kemudian kisar dan campurkan bersama ikan yang telah dikisar tadi.
*kacau perlahan-lahan dan biarkan api dalam keadaan sederhana. Kemudian, masukkan bunga kantan yang telah dipotong, asam keping, dan daun kesum. Selepas itu, masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
*sementara menunggu kuah laksa, potong salad, nenas, bawang, cili api,telur untuk dihidangkan bersama laksa pinang tersebut.  Apabila kuah sudah masak dan bolehlah dihidangkan...selamat mencuba !J


PUDING KAREMEL   @ GULA HANGUS !J
Bahan-bahan
Susu pekat secawan
Telur 8 biji
Susu sejat secawan
Sedikit air
Sesudu esen vanilla
Sedikit gula(untuk karemel)
Cara-cara:-à
*Untuk karemel
-mula, ambil loyang  dan panaskan,,,kemudian goreng puding tadi sehingga warnanya keperangan dan kekuningan, semasa menggoreng api hendaklah sederhana..apabila diyakini gula sudah cair @ keperangan,, sejukkan..
*Cara adunan puding
-Mula sekali, pecahkan kesemua telur tadi dan kacau hingga sebati
-kemudian, masukkan secawan susu (jika hendak manis, boleh lebihkan), secawan susu sejat, sedikit esen vanilla untuk kurangkan hanyir, dan air...kacau sehingga sebati...
-selepas itu, apabila sebati,,tuangkan ke dalam loyang yang berisi karemel.
-setelah itu, bolehlah di masak dengan mengukus sehingga masak. Puding mengambil masa untuk masak antara 30-45 minit....
SELAMAT MENCUBA~J

 DONUT
Bahan-bahan
~tepung gandum 1 kg...
~gula kastor
~sedikit garam
~2 sudu besar marjerin
~sedikit minyak masak
~yis @ ibu roti
~sedikit garam
~setengah cawan air panas
~susu tepung
Cara membuat:à
~mula-mula J, masukkan tepung gandum bersama susu tepung dalam loyang,marjerin dicairkan dan kemudian gaulkan bersama tepung tadi.
~selepas itu, air panas dicampurkan bersama sesudu garam, yis @ibu roti, dan campurkan ke dalam doh tadi dan gaulkan............
~kemudian masukkan minyak dan gaulkan lagi....
~doh dibiarkan kembang atau dibiarkan dalam 30 minit...
~lepas tu,,bila doh dah kembang, buangkan angin doh tu (dengan cara menumbuk doh tersebut atau pape cara pom boley jer,,,heheJ)....
~doh tersebut dibulatkan kecil-kecil, dan dibentukkan...boleh digoreng dan apabila masak, gaulkan dengan gula kastor tadi..lepas tu,,,silalah menikmati...sesuai untuk hidangan pagi dan petang,,,,,mudahkan..:)J

KEK COKLAT KUKUS...
Ban-bahan:-à
Secawan serbuk koko
Secawan gula kastor
2cawan tepong gandum
Secawan susu pekat
Secawan susu sejat
Secawan minyak masak
Secawan air panas
Sesudu esen vanilla
2biji telur
Cara membuat
-firstly,,ayakkan tepong gandum, sebuk koko, gula kastor...
-next, campurkan susu sejat, susu pekat,esen vanilla, telor  dan kacau sehingga sebati..
-selepas itu, bahan yang diayak tadi dicampurkan bersama dengan adunan yang telah sebati...kacau sehingga sebati..
-kemudian, masukkan, minyak dan kacau sehingga minyak tidak timbul.....kemudian masukkan air panas.. kacau sehingga semuannya sebati dan tuangkan ke dalam loyanh untuk di kukus,,,,
-masa untuk mengukus mengambil masa selama 45 minit...
-apabila masak,,boleh lah dihias mengikut kreativiti masing-masing,,,,sekian...wassalamm........*___*J


Thursday 1 March 2012


PETUA NENEK.....:)J
Haaaaaaaaaaaa,,,,,...petua or tips,,,benda yang sama tapi perkataan yang membezakannya...hehehe..J..boleh dikatakanlah,,,wanita zaman sekarang sanggup menghabiskan wang yang banyakkkkk untuk mencantikkan lagi wajah diaorang...dengan produk kecantikkan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ni,,,masing-masing berusaha dan berlumba-lumba menggunakan pelbagai produk yang dipasarkan untuk menjayakan misi mereka iaitu MENCANTIKKAN WAJAH....tetapi...AWAS!! jangan tersalah or obses produk,,sebab sekarang banyak bahan kimia yang terdapat dalam sesuatu produk...jadi,,sebagai wanita,, kena pandai-pandai pilih produk...tapi,,sedarkah kita bahawa,,masyarakat Melayu tradisional memang banyak petua-petua yang boleh dijadikan sandaran untuk perapian wajah...cuba tanya mak2 n tok aki ker,,,mesti diaorang tau pasal petua macam ni...tapi,,yang istimewanya,, setiap petua yang di amalkan adalah berasaskan bahan atau tumbuh-tumbuhan semulajadi..itulah keajaiban ciptaan ALLAH....di mana setiap jenis tumbuhan atau bahan berasaskan semulajadi ini mempunyai keistimewaan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit atau pun dijadikan alat untuk penjagaan kecantikkan...kan3.:)J...so,,cubelah!!...~~
`Petua-petua tradisional Melayu memang mempunyai panduan tertentu untuk dijadikan sebagai  bahan kecantikan yang tersendiri. Murah, senang malah bahan-bahan yang digunakan memang berada berdekatan dengan sekeliling kita. Justeru, terdapat beberapa petua tradisional yang boleh dijadikan panduan kepada golongan wanita untuk mencantikkan wajah mereka tanpa mengeluarkan wang yang banyak.....duit tu,,boleh simpan..untuk masa depan...membazir jer kalo pergi salon,,pastu suh orang tenyeh2 muke kite...hahaha...gurau jerkk...J
Petua pertama
àKulit cerah berseri...
-bagi mendapatkan kulit cerah dan berseri mungkin anda boleh gunakan petua dibawah ini. Mula-mula, parutkan lobak merah, campurkan sedikit  kuning telur dan air asam limau nipis. Setelah bahan-bahan ini dicampurkan, sapukan di atas muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.
àubat keletihan mata
-ambil 2 uncang teh dan rendamkan ke dalam air panas.setelah itu masukkan uncang teh tadi ke dalam peti sejuk. Setelah sejuk letakkan di atas mata selama 20 minit.
àkurangkan kesan lingkaran hitam bawah mata
-ambil daun pudina segar, tumbuk dan kemudian letakkan di sekitar bahagian mata. Biarkan selama 10 minit sebelum memcucinya.
àhilangkan kesan parut.
-ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun tersebut, dapatkan lendirnya dan sapukan pada parut sama ada di bahagian muka atau badan.
àtegangkan muka
-sapukan putih telur di atas muka,biarkan seketika dan sehingga terasa tegang seperti masker. Kemudian basuh.....

SEKIAN....SELAMAT MENCUBA...:)J



SEJARAH AZAN..::J
Tahukah anda tentang sejarah laungan Azan.....
Azan mula dilaungkan pada tahun pertama hijrah. Tujuan utama azan ini diperkenalkan untuk menarik umat islam solat berjemaah apabila tiba waktunya dan cara memanggil umat Islam yang tinggal agak jauh dari masjid. Maka, para sahabat dan Rasulullah mengadakan mesyuarat bagi memikirkan cara ini dan meminta para sahabat memberikan cadangan. Pelbagai cadangan dan pendapat yang dikemukakan, ada yang mencadangkan menggunakan cara trompet, menaikkan bendera, memasang loceng, menyalakan api dan sebagainya. Namun, Rasulullah menolak semua cadangan tersebut kerana dikatakan ditidak sesuai . Kemudian, Pada suatu malam, Umar Al-Khattab telah bermimpi bertemu seorang lelaki yang telah mengajarnya menyebut lafaz azan. Lantas, pada keesokkan harinya, Umar telah menceritakan mimpinya kepada Rasulullah dan sambil tersenyum Rasulullah menyatakan bahawa mimpi tersebut adalah benar. Rasulullah menerima cadangan tersebut dengan baik. Tugas melaungkan azan telah diberi oleh Bilal bin Rabah kerana kelunakan dan kemerduan suara yang dimiliki oleh Bilal. J


p/s= jika terdapat sebarang kesalahan fakta,,,kritikan dan penambahan amat dialu-alukan..hehhe