Monday 5 March 2012


Jom ke DaPuR=>J hehehe....wink—wink—wink??*
Rasa boring??
Tak ade keje nak buat?? Haaaaaa.....jom kite ke segmen ke Jom Ke DaPuR bersama saya yang tak berapa nak pandai masak ni...ha ha ha J(perasan la pulak)..tapi tak pe,,,kita kongsi resepi yang kite tau,,,simple dan mudah,,,wink..wink*
RESIPI LAKSA PENANG.....
Bahan-Bahan:-à
Laksa 1 kg( kalo nak lebih pom boleh,, xder masalah pom)J
Kuah laksa:-
Ikan 1 kg ( tak kisah ikan pape pon cth ikan selar,ikan kembong etc)J
Bunga kantan
Belacan
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Daun kesum
Garam
Gula
Ajinamoto or MSG
Asam keping
Timun
Cili api
Salad
Bawang India
Nenas
Cara membuat:à
*mula-mula, rebus ikan bersama asam keping, letak garam sikit sebab nak bagi rasa...kalo tak nak letak pom tak pe sebab ikut keselesaan,..
*lepas tu,,lepas ikan dah masak,toskan dan asingkan isi ikan dengan tulang,,isi ikan tu boleh blander atau kisar sampai hancur...tulang ikan jangang dibuang yer,,tapi patahkan jadi kecik2 dan kisar...kemudian, tapis dan tuangkan ke dalam periuk bersama dengan isi ikan tadi....
*lepas tu,,kisar bawang putih, bawang merah, cili kering, cili api( untuk rasa pedas) dan belacan...kemudian kisar dan campurkan bersama ikan yang telah dikisar tadi.
*kacau perlahan-lahan dan biarkan api dalam keadaan sederhana. Kemudian, masukkan bunga kantan yang telah dipotong, asam keping, dan daun kesum. Selepas itu, masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
*sementara menunggu kuah laksa, potong salad, nenas, bawang, cili api,telur untuk dihidangkan bersama laksa pinang tersebut.  Apabila kuah sudah masak dan bolehlah dihidangkan...selamat mencuba !J


PUDING KAREMEL   @ GULA HANGUS !J
Bahan-bahan
Susu pekat secawan
Telur 8 biji
Susu sejat secawan
Sedikit air
Sesudu esen vanilla
Sedikit gula(untuk karemel)
Cara-cara:-à
*Untuk karemel
-mula, ambil loyang  dan panaskan,,,kemudian goreng puding tadi sehingga warnanya keperangan dan kekuningan, semasa menggoreng api hendaklah sederhana..apabila diyakini gula sudah cair @ keperangan,, sejukkan..
*Cara adunan puding
-Mula sekali, pecahkan kesemua telur tadi dan kacau hingga sebati
-kemudian, masukkan secawan susu (jika hendak manis, boleh lebihkan), secawan susu sejat, sedikit esen vanilla untuk kurangkan hanyir, dan air...kacau sehingga sebati...
-selepas itu, apabila sebati,,tuangkan ke dalam loyang yang berisi karemel.
-setelah itu, bolehlah di masak dengan mengukus sehingga masak. Puding mengambil masa untuk masak antara 30-45 minit....
SELAMAT MENCUBA~J

 DONUT
Bahan-bahan
~tepung gandum 1 kg...
~gula kastor
~sedikit garam
~2 sudu besar marjerin
~sedikit minyak masak
~yis @ ibu roti
~sedikit garam
~setengah cawan air panas
~susu tepung
Cara membuat:à
~mula-mula J, masukkan tepung gandum bersama susu tepung dalam loyang,marjerin dicairkan dan kemudian gaulkan bersama tepung tadi.
~selepas itu, air panas dicampurkan bersama sesudu garam, yis @ibu roti, dan campurkan ke dalam doh tadi dan gaulkan............
~kemudian masukkan minyak dan gaulkan lagi....
~doh dibiarkan kembang atau dibiarkan dalam 30 minit...
~lepas tu,,bila doh dah kembang, buangkan angin doh tu (dengan cara menumbuk doh tersebut atau pape cara pom boley jer,,,heheJ)....
~doh tersebut dibulatkan kecil-kecil, dan dibentukkan...boleh digoreng dan apabila masak, gaulkan dengan gula kastor tadi..lepas tu,,,silalah menikmati...sesuai untuk hidangan pagi dan petang,,,,,mudahkan..:)J

KEK COKLAT KUKUS...
Ban-bahan:-à
Secawan serbuk koko
Secawan gula kastor
2cawan tepong gandum
Secawan susu pekat
Secawan susu sejat
Secawan minyak masak
Secawan air panas
Sesudu esen vanilla
2biji telur
Cara membuat
-firstly,,ayakkan tepong gandum, sebuk koko, gula kastor...
-next, campurkan susu sejat, susu pekat,esen vanilla, telor  dan kacau sehingga sebati..
-selepas itu, bahan yang diayak tadi dicampurkan bersama dengan adunan yang telah sebati...kacau sehingga sebati..
-kemudian, masukkan, minyak dan kacau sehingga minyak tidak timbul.....kemudian masukkan air panas.. kacau sehingga semuannya sebati dan tuangkan ke dalam loyanh untuk di kukus,,,,
-masa untuk mengukus mengambil masa selama 45 minit...
-apabila masak,,boleh lah dihias mengikut kreativiti masing-masing,,,,sekian...wassalamm........*___*J


No comments:

Post a Comment