Thursday 23 February 2012


JODOH.....J
Jodoh? Salah satu perkara penting dalam hidup. Jodoh kan rahsia ALLAH SWT....sejak lahir dam sejak azali,,telah tertulis siapa pasangan kita...hehehehJ....hari ni...jom cakap pasal topic ni yer...bukan apa,, sebab rasenya topic ni sesuai untuk dijadikan topic yang hangat sebab ramai dalam kalangan kawan-kawanku dan sepupu dah kahwin...ALHAMDULILLAH...Tahniah yer,,,semoga kekal hingga ke akhir hayat dan menjadi suami atau isteri soleh  n solehah yang bertanggungjawab...AMIN...so,,,masa kawan kawin,,saya pulak jadi tetamu nyer,,,kena bungkus hadiah cantik-cantik...murah tak pe asalkan ikhlas..haha...nak wat camne,,tak keje lagi laa nk beli hadiah mahal-mahal..hheheee...:)J
Tengok orang kawin ni,,terdetik jugak kat hati,,,bila la turn saya pulak??haha...tapi ini kan dah tahun 2012,,umur pun dah masuk 23 tahun....mak cakap,,dah layak sangat dah nak fikir  pasal ni,,..akak2 dah bagi greenlight...kena cari sekarang,,belajar jangan lupa,,soal jodoh pun penting gak..dapat keje,,simpan duit dan kawin..haha...senangnyer..J:.,kawan cakap,,,ko bile lagi,,,jangan jual mahal sangat,,sat lagi,,bila dah kuar U lagi lah susah nak cari tau...time ni patut dah ader partner...InsyaALLAH....hanya doakan moga-moga mudah dapat cepat jOdOh...AMIN~~hehe...tapi kan....susah nak cari yang betul2 memahami kita...takut tersalah pilih..bukan berangan nak yang perfect..contohnya.hensem,,bergaya,,,,kerja besar-besar,,....hhhmmm.....tu terlalu tinggi untuk saya..cukuplah dapat yang memahami, boleh menerima saya seadanya, bertanggungjawab,, ade ekonomi yang kukuh,,dan boleh jadi penegur dan pembangkit semangat untuk saya, boleh tegur  bila lalai, boleh menegur bila salah, ..hehe..tak perlulah nak tunjuk kat orang,,nak over-over...allaaaaa...biasa2 dah la..hehe..yang penting sama-sama boleh terima seadanya...hehe..J..INSYAALLAH,,, semoga semua ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti,,,,amin,,...
saya suka tengok macam Ahmad Fedri...yang mengacara TV3 tu....die cakap,,Isteri tu akhirat....so sweet kan....yang isteri die tu,,,,duk sebelah kampung aku jer...namanya Nurul Anati..tapi bagusnya...dah laa tak pernah bercakap...kenal tak lama tapi terus nikah..dating pun tak pernah,,berjumpa,,berterusan melalui laman facebook,,fedri berkenan.jumpa family dan kawin...tarikan utama yang dia nampak adalah keperibadian  dan akhlak yang baik...itu la jodoh....ada yang gaduh,,,tup2 nikah....itulah kuasa jodoh kan2....saya masih menunggu MR. RIGHT ni datang...mesti dia akan mencari tulang rusuk dia yang hilang kan..haha...J...tetap setia menanti..kikiki.......cinta hanya sekali...sayang sekali jer...setia pun sekali...yang penting jujur dan kepercayaan...dan keimanan.....ada agamanya untuk jadi penegur  dan pembimbing yang baik dalam soal agama...like3,,J..Usatazah Bahyah cakap, kena terima atau sayangkan seseorang hanya kerana Allah, baru kekal..bukan sebab pulus or duit....hehe..J,,duit boleh dicari....tapi kalo rupa ada,,,duit ada...tapi tak bahagia...hilang nikmat tau,...hihi..J
Kawan saya yang doctor pun,,,mengejutkan saya,,,tengok2 dah kena risik....tak sangka...diam2 kau yer,,,takknak gtau  pun.,...takpe,,mungkin  malu kot,,,tapi takpe,,,saya doakan ko cepat kawen...amin..hihi....dulu,,aku ada kawan,,,rapat sangat...dia dah kawin tahun lepas....ALAHMDULILLAH...jodoh dia cepat sampai..kitaorang kawan,,start dari sekolah pasti sampai la masuk UPSI sama-sama....siapa sangka kan...ALHAMDULILLAH...dia program pendidikan khas n aku sejarah....tapi,,,bila dah kawin tu,,,saya dah tak rapat dengan die....susah nak jumpa...dia tinggal dengan suami die kat kl,,,sebab keje engineer kat sana....tapi takpelah..FRIENDS FOREVER,,,semoga cepat dapat baby n bahagia selalu.....amin...J

PESAN KAWAN SAYA DULUJ => JANGAN PERNAH CUBA UNTUK MENCARI SEORANG LELAKI UNTUK DIJADIKAN KEKASIH UNTUKMU..TAPI CARILAH SEORANG LELAKI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK DIJADIKAN SUAMI SUPAYA MENJADI PEMBIMBING KEPADAMU DAN BAPA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAKMU........:))J......sweet kan...TQ FRIENDS,,UnTuK KATA2 HIKMAT INI....
Hari tu....saya ada tengok SEMANIS KURMA....alaaaa,,,yang ustazah bahyah n suami,,ustaz aqashah.... dia ada bagi tips dan doa,,,nanti akan disenaraikan...bagus la jugak untuk dijadikan amalan.....hahaJ
Antara amalan meringankan jodoh:à
1)berdoa setelah solat 5 waktu
2)berdoa di waktu tengah malam sebab waktu tu doa mustajab..
3)doa dari mak ayah
4)puasa bila hari jadi (puasa hajat)
5)amalkan solat sunat taubat
6)pohon restu ibu bapa
7)amalkan surah Yusuf ayat 4
8)amalkan solat hajat
9)baca surah yunus ayat 81
10) amalkan YA RO’ZAK( Ya Allah Maha Pemberi Rezeki) sebanyak yang mungkin.
Itu saja....sekian...J...WASSALAM.......


SIAPA IDOLAKU??? J
Setiap orang mempunyai idola atau seseorang yang di minati…ianya mungkin disebabkan oleh karakter yang menarik, keperibadian, keelokkan rupa paras, kerjaya yang bagus, akhlak yang menarik dan sebagainya… semua orang dikurniakan akal oleh ALLAH swt dan boleh mentafsir apa yang mereka minati…termasuklah saya sendiri…sebenarnya ramai idola yang saya minat..sebab bagi saya,, mereka semua hebat-hebat,,dan yang paling unggul adalah Nabi Muhammad saw yakni seorang utusan ALLAH….bersama-samalah kita berselawat ke atas baginda……
Tapi untuk yang saya paling kagumi adalah isteri baginda iaitu Khadijah binti Khuwalid. Dengan kecantikkan wajah, keelokkan akhlak, wanita yang berjaya dalam perniagaan dan di segani oleh masyarakat Quraisy pada masa tersebut. Beliau juga menjadi pendamping Rasulullah yang paling dekat dan Rasulullah sangat mengasihi Khadijah ini…Ok,, sebelum bercerita dengan lebih lanjut,,terlebih dahulu marilah kita melihat latar belakang idola kegemaran saya ini.,,siapakah sebenarnya beliau? Berasal dari bani mana dan sebagainya…….

Nabi Muhammad SAW, pernah berkata:à
“ Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)”.

Khadijah binti Khuwalid dilahirkan pada 15 tahun sebelum tahun Gajah. Bapanya merupakan Khuwalid bin Asad bin Abd al-Uzza, saudara Abdul Manaf. Manakala, ibunya bernama Fatimah binti Zaidah dan neneknya bernama Halah binti Abdul Manaf. Abdul Manaf merupakan datuk ketiga kepada Nabi Muhammad. Khadijah juga dikenali dengan panggilan At-tahirah (Perempuan Suci) kerana Allah memelihara beliau daripada perlakuan keji pada zaman jahiliah. J
Wanita mulia ini berkahwin dengan Rasulullah sewaktu usianya mencapai 40 tahun, sedangkan nabi hanya berusia 25 tahun. Walaupun usia Khadijah menginjak 40 tahun, namun kecantikan yang dimiliki oleh beliau mengatasi umurnya. Sebelum beliau berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah telah berkahwin sebanyak 2 kali. Suaminya yang pertama adalah Atiq bin Aidz namun meninggal dunia dan suaminya yang kedua merupakan salah seorang hartawan yang kaya daripada Bani Tanim yang bernama Hindun bin Banas.Tetapi, tidak lama kemudian suaminya yang kedua juga meninggal dunia. Selepas itu, Khadijah dikenali seorang usahawan wanita yang disegani kerana merupakan seorang pedagang yang berjaya. Ramai dalam kalangan pemuda-pemuda Quraisy ingin melamar Khadijah sebagai isteri, namun Khadijah menolak kesemua pinangan tersebut. Akhirnya, beliau memilih pekerjanya sendiri, yang merupakan seorang yang miskin, anak yatim piatu namun kaya dengan akhlak dan keperibadian unggul yang bernama Muhammad. Kelebihan yang terdapat pada Muhammad menyebabkan Khadijah tertarik lantas meminangnya.
Hasil perkahwinan Muhammad dengan Khadijah, mereka di kurniakan anak seramai 7 orang iaitu 4 orang puteri dan 3 orang putera. Putera-putera Rasulullah daripada Khadijah adalah al-Qasim dan Abdullah. Namun, kedua-dua puteranya telah meninggal dunia menyebabkan ibu dan ayahnya sangat bersedih. Puteri-puteri Rasulluah terdiri daripada Zainab, Ruqayah, Ummu Kalthum dan Fatimah Az-Zahra. Zainab berkahwin dengan sepupunya iaiu Abu al-Ash bin Ar-Rabi’. Manakala, setelah akil baligh Ruqayah dan Ummu Kathum telah berkahwin dengan anak Abu Lahab iaitu Uthbah dan Utaibah. Namun, setelah nabi diangkat menjadi Rasul dan berdakwah secara terang-terangan. Abu Lahab bertindak menyuruh anak-anaknya mengembalikan semula isteri-isteri mereka iaitu puteri Rasulullah. Setelah itu,Ruqayah telah berkahwin dengan pemuda bernama Uthman bin Affan. Namun, Ruqayah telah meninggal dunia dan kemudian Uthman di kahwinkan pula dengan Ummi Kalthum. Selepas itu, Fatimah Az-Zahra telah dikahwinkan dengan Ali bin Abi Talib yang merupakan seorang pemuda yang terbaik dan salah seorang sahabat Rasulullah.
Walaupun Khadijah mempunyai kecantikkan yang sering dipuji oleh wanita-wanita lain, namun semua itu tidak menjadikan beliau lalai dengan pujian tersebut kerana Khadijah merupakan seorang wanita yang tidak gemar dirinya dipuji dan dipuja. Malahan, beliau juga seorang isteri yang taat, setia dan sentiasa menjadi pendamping Rasulullah, tidak pernah menyembah berhala dan merupakan seorang penganut Nabi Ibrahim. Dia adalah Khadijah terus menjadi perempuan yang dipercayai, beriman, ikhlas dan sanggup mengorbankan apa yang dimilikinya termasuk hartanya bagi membantu Rasulullah dalam menegakkan kerasulan dan amanah.
Khadijah Khuwalid juga merupakan seorang perempuan yang dimuliakan oleh Allah kerana beliau adalah insan pertama yang memeluk Islam dan mempercayai Rasulullah. Beliau bersama-sama membantu memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada suaminya  dengan menyokong, menolong dan menemani suaminya. Malahan, Allah juga telah memuliakan perempuan wanita mulia ini di mana Allah telah menyediakan berupa sebuah rumah di syurga yang terbuat daripad kayu yang di dalamnya tidak terdapat pergaduhan dan kesusahan. Maksud rumah yang diperbuat daripada kayu adalah mutiara, atau sesuatu yang diperbuat daripada permata atau mutiara dan batu yaqut. Begitulah mulianya Siti Khadijah disisi Allah. Malahan, pada suatu hari, ketika Khadijah menemui Rasulullah sehingga Jibrail melihat kedatangan Khadijah dan Jibrail memberitahu Rasulullah dengan membawa wadah berisi lauk iaitu makanan ataupun minuman. Lalu Jibrail memberitahu Rasulullah supaya menyampaikan salam daripada Allah dan malaikat Jibrail dan menyampaikan berita gembira kepada Khadijah bahawa sebuah rumah di dalam syurga yang diperbuat daripada kayu yang didalamnya tidak terdapat pergaduhan dan kesusahan seperti yang dinyatakan tadi. Rasulullah menyampaikan salam dan berita gembira itu kepada Khadijah..lantas, Khadijah menjawab “Sesungguhnya Allah itulah As salam. Salam sejahtera pula ke atas Jibrail dan salam atasmu pula salam daripada Allah beserta rahmat dan berkatnya.”
Khadijah wafat pada tanggal 10 Ramadhan tahun ke-10 kenabian  dan di makamkan di Hujun. Beliau wafat meninggalkan Rasulullah semasa berumur 65 tahun. Tahun kewafatan isteri yang amat dicintai oleh Muhammad ini adalah tahun kesedihan.  Kasih sayang pada Khadijah semamngnya tiada tandingannya kerana ketika baginda dalam kesusahan dan cabaran menyampaikan dakwahnya,isterinya yang memberikan sokongan, dorongan  dan semangat.  Khadijah merupakan insan yang paling dekat dengan Rasulullah, yang melindunginya,bertanya mengenainya, menenangkan dirinya, tidak memutuskan hubungan hubungan dengannya, menyediakan makanan untuknya dan meredakan ketakutannya. Di saat Rasulullah dipulaukan oleh masyarakat Quraisy, Khadijah tetap disisi suaminya yang turut merasa lapar dan dahaga walaupun beliau tidak dipulaukan. Biarpun umurnya sudah lanjut, namun demi amanah daripada Allah, Khadijah tetap berada disisi suaminya dan pengikut-pengikut Muhammad.


p/s= sekiranya mempunyai pendapat, tambahan fakta atau teguran,,amat dialu-alukan,,,,:)


it's me...SITI KHADIJAH AB RAHMAN....JJJJJJJ assalamualaikumm......
Tak ade istimewa pun pemilik blog ni...cume,, mencari sesuatu yang baru dan bermanfaat yang ingin diterokai......heheheJ
Namaku Siti Khadijah binti Abdul Rahman. Bermula tahun 2012 ni,umur dah masuk 23 tahun,,,fuuhhh,,cepatnyer,,J..tapi jiwa macam remaja lagilah! Haha,,,saya bermula di sebuah PASTI yang terletak di KG LUBUK TAPAH...kemudian...starting from standard 1,, saya berhijrah ke SK CHICHA TINGGI sampai tahun 6...kemudian, dari form 1 sampai form 6 saya bersekolah di SMK TENGKU PANGLIMA RAJA..sebuah sekolah yang telah menjadikan impian saya untuk ke Universiti,,,ALHAMDULILLAH...YIPPI!J sampai sekarang saya masih dalam pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris...dalam program Pendidikan Sejarah AT32.(n__n)...orang cakap saya ni bakal guru...ye kot.haha..insyaALLAH mudah-mudahan,...amin..
Sedikit tentang saya...:-à

*seorang yang simple, sukakan kesederhana...
*sangat tak suka sikap mengada-ngada...kalo boleh biarlah menjadi diri sendiri..
*tak mudah nak percaya or bagi kepercayaan kat orang..
*suka berkawan,,gelak2...hahaha..:)J:..tapi biar bertempat..ada batasan....kalo kat luar,,,lebih selesa dengan kawan perempuan...ngan laki..kureng,,sebab malulah!..berkawan tapi ada batasan...kalo kat alam maya macam facebook,,saya berani sebab tak nampak...tapi jarang sesangat nak berchat ngan orang tak kenal..approve sbg fwens boley laa...haha:P
*pasal hati...sensitif...takut nak bagi hati kat orang..takut terluka,,,sayang hanya 1...bukan berkali2...setia hanya 1 kali jer..untuk MR. RIGHT...kita takkan tahu siapa ZAUJ kita,so tunggu jer lah,,hahaha..J
*sangat suka bergaul dengan orang yang lebih tua,,sebab banyak pengalaman.,.cerita dan nasihat yang boleh didapati...sebab tu,,kalo bab kawan lebih dari akak senior...sebab diaorang sporting...suke sgt2....love it!! Lagi satu..sb dia orang kan dah makan garam...
* selagi terdaya,,,tak nak menyusahkan orang,,buat selagi termampu...J
*saya ada harapan dan impian...mahukan sesuatu...tapi belum masanya lagi untuk memiliki,,,nanti,,kalau something tu dah ada kat depan mata...akan dikongsi di sini,,,haha...wink*wink*J
*menjadi  seorang pelajar adalah seronok,,tapi menjadi seorang guru adalah sesuatu yang menarik....hehehe..wink*wink* lagi..haha J
*saya manusia..Allah jadikan saya yang ada kekurangan dan diberi sedikit kelebihan untuk saya manfaat sebaiknya...ALHAMDULILLAH...bersyukur itu penting..saya lakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan tersebut...hehehe..J

         

Wednesday 22 February 2012

❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata
akibat rindunya aku pada penciptaku
akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
akibat segannya aku kerana sering menipu
kecintaanku padaNYA

❤¸¸.•» Aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya
pabila nama tuhanku disebut
jantungku berdegup kencang
bila disebut azabNYA
tetapi tenang semula
bila dicerita kasih sayangNYA

❤¸¸.•» Aku impikan diriku
yang setiap detik mengingatiNYA
akan nikmatnya yang tidak terhingga
kerana aku tiada apa-apa
dialah yang MAHA PEMBERI

❤¸¸.•» Aku impikan diriku
yang sentiasa bertawakal padaNYA
yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku
maha suci dari menzalimiku
kerana DIA penciptaku
yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif
seperti aku..

TEKANAN:- BUT CooL....

Sem 6 dah bermula....tapi masa minggu pertama dah rase berat....dengan bebanan subjek sebanyak 22 jam kredit tapi saya terpaksa pikul juga...dengan bebanan 4 subjek major, 1 minor, subjek pentaksiran , dan 1 kelab....huhuhu...mampukah saya?
lepas aje kelas untuk proposal, fikiran saya start celaru....tak tau nak fikir mane 1...seharian mendiamkan diri, saya fikir, dan saya muhasabah diri...menangis jugak ase sem ni...sebab saya ase bebanan yang sangat teruk,,apa yang saya takut,,akan menjejaskan pointer...huhu....:(

tapi, selepas berdiam diri sekejap,,saya fikir,, kenapa nak lemah semangat sangat, ni baru permulaan, harungi dengan tabah,bukan saya sorang jer yang alami benda ni,,,kwan2 1 kos yang lain sama gak,,tapi sumenya bergantung kepada tahap kemampuan seseorang untuk atasi sume stress dan tekanan keje ni...tapi,,,ALLAH sentiasa dekat dengan orang-orang yang sabar kerana Dia tak kan hampakan hamba-hambaNYA....insyaALLAH....boleh,,,Ucan do it Ct Khadijah.....sangat mustahil untuk berjaya kalau tak berusaha, dan Tak Mustahil Allah menganugerahkan kejayaan sekiranya kita berusaha dengan segigihnya,,,,,,senyum lah,,maniskan wajah mu....jangan menangis lagi....BANGKITLAH.....sem ni sekejap jer...INSYAALLAH.....


Kuserahkan segalanya padaMU Tuhan
Yang Berkuasa dan Mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidak ku tak terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang pernah ku mulai
Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkan daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar aku tidak berhenti dipertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malamku berkalut benci................

Tuesday 21 February 2012

KISAH GADIS YANG SOLEHAH..

.
Apabila menjelang malam, lelaki itu seringkali berjalan sendirian menelusuri jalan yang hanya ditemani cahaya bulan dan melangkah lagi menembusi kedinginan malam yang mencengkam. Lelaki yang dimaksudkan adalah Saidina Umar Al-Khattab. Semasa Khalifah Umar Al-Khattab menjadi pemerintah, beliau seringkali berjalan malam bagi memastikan beliau mengetahui  dan menyelidiki keadaan kehidupan dan menjaga keselamatan rakyatnya. Selepas jauh berjalan, lelaki tersebut berehat sebentar  berdekatan dengan sebuah rumah kecil di hujung lorong bagi melepaskan lelah. Semasa beliau berehat, beliau telah mendengar perbualan seorang ibu dan anak perepmuan tersebut. Mereka hidup dalam kemiskinan dan menyara hidup dengan hasil memerah susu kambing. Ibu gadis tersebut mengeluh kerana kehidupan mereka yang dibelenggu kemiskinan dan tidak mendapat pembelaan daripada pemerintah pada ketika itu. Semasa mereka sedang berbual-bual, susu kambing yang ingin dimasukkan ke dalam sebuah bekas oleh gadis itu tertumpah menyebabkan susu kambing itu hanya tinggal sedikit sahaja. Dengan perasaan sedih, gadis tersebut meminta maaf kepada ibunya disebabkan kecuaian. Ibunya menyuruh gadis tersebut mencampurkan susu kambing itu dengan air supaya bertambah banyak. Dengan nada suara yang lembut, gadis itu memberitahu ibunya bahawa khalifah Umar Al-Khattab telah berpesan supaya berlaku jujur dalam segala perbuatan dan akan merasa marah sekiranya tidak jujur. Namun ibunya tetap bertegas supaya gadis tersebut mencampurkan susu kambing dengan air kerana tiada siapa yang mengetahui perbuatan tersebut selain dari mereka berdua. Lantas, anak gadis yang berhati mulia itu bersuara, beliau berkata meskipun Khalifah Umar Al-Khattab tidak melihatnya ,namun Allah melihat dan mengetahui apa yang sering dilakukan oleh hamba-Nya. Terpegun Khalifah Umar Al-Khattab mendengar kata-kata gadis tersebut dan beristigfar dan tersentuh hati mendengar perbualan ibu dan anak tersebut.

MUTIARA DOA..

MUTIARA DOA..:)J
DOA MOHON REZEKI
“Ya Allah,Ya Tuhan Kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit(yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda kekuasaan Engkau, Berilah rezeki kami dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama”
(SURAH AL-MAIDAH AYAT 114)
DOA MOHON DILANCARKAN LISAN DALAM BERBICARA
“dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku”
DOA MOHON AGAR DIRI DAN KETURUNAN DIJADIKAN ORANG YANG TETAP MENDIRIKAN SOLAT
“Ya  Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku”
(Surah Ibrahim Ayat 40)
DOA MOHON KEAMPUNAN ARAS KESALAHAN MEMINTA SESUATU YANG TIDAK DIKETAHUI HAKIKATNYA.
“Nuh berkata:”
Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi”
(Surah Hud ayat 47)
DOA MOHON DIBERI KEPUTUSAN YANG BAIK
“Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sahajalah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak(adil) dan Engkaulah Pemberi Keputusan yang sebaik-baiknya”
SURAH AL-A’RAAF AYAT 89.
DOA APABILA BERADA DALAM KEADAAN KESUSAHAN DAN PENDERITAAN.
“Allah, Dialah Allah Tuhanku, aku tidak menyekutui-Nya dengan sesuatu pun. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau jua. Maha Suci Engkau sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diri sendiri”.

DOA MOHON DIBERI KESABARAN..
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir”
(Surah Al Baqarah ayat 250)
DOA APABILA MELIHAT SESUATU YANG DISUKAI
“ Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah segala  amalan yang baik”.
DOA MOHON KETETAPAN IMAN.
“ Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku iman yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipengaruhi kekufuran dan berikanlah kepadaku rahmat yang dengan dia aku mencapai kemuliaan dari kemuliaan-Mu di dunia dan akhirat.”
DOA MOHON DIJAUHKAN DARIPADA BENCANA
“ Dan peliharalah mereka daripada (balasan) kejahatan dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu, maka sesungguhnya Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar.”
(Surah al-Mukmin ayat 9)
DOA MOHON ANUGERAH KETURUNAN DAN WARIS YANG BAIK.
“Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Pewaris Yang Paling Baik”.
(Surag AL-Anbiya’ ayat 189)
DOA MOHON ANUGERAH ISTERI DAN KETURUNGAN YANG MENYENANGKAN HATI.
“ Ya Tuhanku kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah al-Furqan ayat 74)