Thursday 23 February 2012


SIAPA IDOLAKU??? J
Setiap orang mempunyai idola atau seseorang yang di minati…ianya mungkin disebabkan oleh karakter yang menarik, keperibadian, keelokkan rupa paras, kerjaya yang bagus, akhlak yang menarik dan sebagainya… semua orang dikurniakan akal oleh ALLAH swt dan boleh mentafsir apa yang mereka minati…termasuklah saya sendiri…sebenarnya ramai idola yang saya minat..sebab bagi saya,, mereka semua hebat-hebat,,dan yang paling unggul adalah Nabi Muhammad saw yakni seorang utusan ALLAH….bersama-samalah kita berselawat ke atas baginda……
Tapi untuk yang saya paling kagumi adalah isteri baginda iaitu Khadijah binti Khuwalid. Dengan kecantikkan wajah, keelokkan akhlak, wanita yang berjaya dalam perniagaan dan di segani oleh masyarakat Quraisy pada masa tersebut. Beliau juga menjadi pendamping Rasulullah yang paling dekat dan Rasulullah sangat mengasihi Khadijah ini…Ok,, sebelum bercerita dengan lebih lanjut,,terlebih dahulu marilah kita melihat latar belakang idola kegemaran saya ini.,,siapakah sebenarnya beliau? Berasal dari bani mana dan sebagainya…….

Nabi Muhammad SAW, pernah berkata:à
“ Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)”.

Khadijah binti Khuwalid dilahirkan pada 15 tahun sebelum tahun Gajah. Bapanya merupakan Khuwalid bin Asad bin Abd al-Uzza, saudara Abdul Manaf. Manakala, ibunya bernama Fatimah binti Zaidah dan neneknya bernama Halah binti Abdul Manaf. Abdul Manaf merupakan datuk ketiga kepada Nabi Muhammad. Khadijah juga dikenali dengan panggilan At-tahirah (Perempuan Suci) kerana Allah memelihara beliau daripada perlakuan keji pada zaman jahiliah. J
Wanita mulia ini berkahwin dengan Rasulullah sewaktu usianya mencapai 40 tahun, sedangkan nabi hanya berusia 25 tahun. Walaupun usia Khadijah menginjak 40 tahun, namun kecantikan yang dimiliki oleh beliau mengatasi umurnya. Sebelum beliau berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah telah berkahwin sebanyak 2 kali. Suaminya yang pertama adalah Atiq bin Aidz namun meninggal dunia dan suaminya yang kedua merupakan salah seorang hartawan yang kaya daripada Bani Tanim yang bernama Hindun bin Banas.Tetapi, tidak lama kemudian suaminya yang kedua juga meninggal dunia. Selepas itu, Khadijah dikenali seorang usahawan wanita yang disegani kerana merupakan seorang pedagang yang berjaya. Ramai dalam kalangan pemuda-pemuda Quraisy ingin melamar Khadijah sebagai isteri, namun Khadijah menolak kesemua pinangan tersebut. Akhirnya, beliau memilih pekerjanya sendiri, yang merupakan seorang yang miskin, anak yatim piatu namun kaya dengan akhlak dan keperibadian unggul yang bernama Muhammad. Kelebihan yang terdapat pada Muhammad menyebabkan Khadijah tertarik lantas meminangnya.
Hasil perkahwinan Muhammad dengan Khadijah, mereka di kurniakan anak seramai 7 orang iaitu 4 orang puteri dan 3 orang putera. Putera-putera Rasulullah daripada Khadijah adalah al-Qasim dan Abdullah. Namun, kedua-dua puteranya telah meninggal dunia menyebabkan ibu dan ayahnya sangat bersedih. Puteri-puteri Rasulluah terdiri daripada Zainab, Ruqayah, Ummu Kalthum dan Fatimah Az-Zahra. Zainab berkahwin dengan sepupunya iaiu Abu al-Ash bin Ar-Rabi’. Manakala, setelah akil baligh Ruqayah dan Ummu Kathum telah berkahwin dengan anak Abu Lahab iaitu Uthbah dan Utaibah. Namun, setelah nabi diangkat menjadi Rasul dan berdakwah secara terang-terangan. Abu Lahab bertindak menyuruh anak-anaknya mengembalikan semula isteri-isteri mereka iaitu puteri Rasulullah. Setelah itu,Ruqayah telah berkahwin dengan pemuda bernama Uthman bin Affan. Namun, Ruqayah telah meninggal dunia dan kemudian Uthman di kahwinkan pula dengan Ummi Kalthum. Selepas itu, Fatimah Az-Zahra telah dikahwinkan dengan Ali bin Abi Talib yang merupakan seorang pemuda yang terbaik dan salah seorang sahabat Rasulullah.
Walaupun Khadijah mempunyai kecantikkan yang sering dipuji oleh wanita-wanita lain, namun semua itu tidak menjadikan beliau lalai dengan pujian tersebut kerana Khadijah merupakan seorang wanita yang tidak gemar dirinya dipuji dan dipuja. Malahan, beliau juga seorang isteri yang taat, setia dan sentiasa menjadi pendamping Rasulullah, tidak pernah menyembah berhala dan merupakan seorang penganut Nabi Ibrahim. Dia adalah Khadijah terus menjadi perempuan yang dipercayai, beriman, ikhlas dan sanggup mengorbankan apa yang dimilikinya termasuk hartanya bagi membantu Rasulullah dalam menegakkan kerasulan dan amanah.
Khadijah Khuwalid juga merupakan seorang perempuan yang dimuliakan oleh Allah kerana beliau adalah insan pertama yang memeluk Islam dan mempercayai Rasulullah. Beliau bersama-sama membantu memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada suaminya  dengan menyokong, menolong dan menemani suaminya. Malahan, Allah juga telah memuliakan perempuan wanita mulia ini di mana Allah telah menyediakan berupa sebuah rumah di syurga yang terbuat daripad kayu yang di dalamnya tidak terdapat pergaduhan dan kesusahan. Maksud rumah yang diperbuat daripada kayu adalah mutiara, atau sesuatu yang diperbuat daripada permata atau mutiara dan batu yaqut. Begitulah mulianya Siti Khadijah disisi Allah. Malahan, pada suatu hari, ketika Khadijah menemui Rasulullah sehingga Jibrail melihat kedatangan Khadijah dan Jibrail memberitahu Rasulullah dengan membawa wadah berisi lauk iaitu makanan ataupun minuman. Lalu Jibrail memberitahu Rasulullah supaya menyampaikan salam daripada Allah dan malaikat Jibrail dan menyampaikan berita gembira kepada Khadijah bahawa sebuah rumah di dalam syurga yang diperbuat daripada kayu yang didalamnya tidak terdapat pergaduhan dan kesusahan seperti yang dinyatakan tadi. Rasulullah menyampaikan salam dan berita gembira itu kepada Khadijah..lantas, Khadijah menjawab “Sesungguhnya Allah itulah As salam. Salam sejahtera pula ke atas Jibrail dan salam atasmu pula salam daripada Allah beserta rahmat dan berkatnya.”
Khadijah wafat pada tanggal 10 Ramadhan tahun ke-10 kenabian  dan di makamkan di Hujun. Beliau wafat meninggalkan Rasulullah semasa berumur 65 tahun. Tahun kewafatan isteri yang amat dicintai oleh Muhammad ini adalah tahun kesedihan.  Kasih sayang pada Khadijah semamngnya tiada tandingannya kerana ketika baginda dalam kesusahan dan cabaran menyampaikan dakwahnya,isterinya yang memberikan sokongan, dorongan  dan semangat.  Khadijah merupakan insan yang paling dekat dengan Rasulullah, yang melindunginya,bertanya mengenainya, menenangkan dirinya, tidak memutuskan hubungan hubungan dengannya, menyediakan makanan untuknya dan meredakan ketakutannya. Di saat Rasulullah dipulaukan oleh masyarakat Quraisy, Khadijah tetap disisi suaminya yang turut merasa lapar dan dahaga walaupun beliau tidak dipulaukan. Biarpun umurnya sudah lanjut, namun demi amanah daripada Allah, Khadijah tetap berada disisi suaminya dan pengikut-pengikut Muhammad.


p/s= sekiranya mempunyai pendapat, tambahan fakta atau teguran,,amat dialu-alukan,,,,:)

No comments:

Post a Comment