Thursday 1 March 2012



SEJARAH AZAN..::J
Tahukah anda tentang sejarah laungan Azan.....
Azan mula dilaungkan pada tahun pertama hijrah. Tujuan utama azan ini diperkenalkan untuk menarik umat islam solat berjemaah apabila tiba waktunya dan cara memanggil umat Islam yang tinggal agak jauh dari masjid. Maka, para sahabat dan Rasulullah mengadakan mesyuarat bagi memikirkan cara ini dan meminta para sahabat memberikan cadangan. Pelbagai cadangan dan pendapat yang dikemukakan, ada yang mencadangkan menggunakan cara trompet, menaikkan bendera, memasang loceng, menyalakan api dan sebagainya. Namun, Rasulullah menolak semua cadangan tersebut kerana dikatakan ditidak sesuai . Kemudian, Pada suatu malam, Umar Al-Khattab telah bermimpi bertemu seorang lelaki yang telah mengajarnya menyebut lafaz azan. Lantas, pada keesokkan harinya, Umar telah menceritakan mimpinya kepada Rasulullah dan sambil tersenyum Rasulullah menyatakan bahawa mimpi tersebut adalah benar. Rasulullah menerima cadangan tersebut dengan baik. Tugas melaungkan azan telah diberi oleh Bilal bin Rabah kerana kelunakan dan kemerduan suara yang dimiliki oleh Bilal. J


p/s= jika terdapat sebarang kesalahan fakta,,,kritikan dan penambahan amat dialu-alukan..hehhe

No comments:

Post a Comment